Makeup.Skincare.Review
REVIEW: BIRD NEST ESSENCE (BNE) BY PNA
Friday, June 5, 2020 • June 05, 2020 • 0 Comment

Korang familiar tak dengan Bird Nest Essence (BNE) by PNA? Dulu Fara da pernah dengar BNE. Tak rasa tertarik pun dengan product ni. Maybe sebab time tu Fara dah ade product Fara rasa best and sesuai dengan kulit muka. Tapi tahun ni BNE buat Fara rasa tertarik nak cuba. Sebab.....

  1. Sepanjang PKP Fara langsung tak jaga muka. Skincare routine tah kemana. Main bedal jek
  2. Yela nama PKP kan, so kena la berjimat cermat.
  3. Serum Garnier dah habis! Nak restock serum panjang mikir nak beli ke tak sebab harga boleh tahan mahal bagi Fara.
  4. Tetibe rasa macam kulit muka tak cun ahh waktu PKP. Kalau tengok cermin, rasa nak tampor diri sendiri kahkah
Okay ni before Fara pakai BNE. Nampak takk kulit tangan lagi gebus dari muka :'((

p/s: gambar ni Fara amik waktu siang

Okay lepas Fara amik gambor ni terus search ig yang jual BNE kat area Kuantan. Sebab nak cepat.
|
|
|
|
|
|
Tadaaaaa.....



First Impression:
- Okay kalau warna putih gitu confirm texture heavy jenis lambat nak meresap kat muka. Fyi, Fara jenis Combination skin which is oily bahagian T-zone dan kering area pipi. *dalam hati dah beli,redha jekla
- Sebab tak familiar kan? local product. Fara susah nak percaya local product punya disebabkan kes dulu2. So rasa was-was. *Tapi aku beli jugak halah halahh






Ni first week Fara pakai. Confident terok eh. Ahhh peduli ape hehek

p/s: gambar ni amik waktu malam. 



Honest Review:
  1. Aku kena tipu gaiss!! Ingatkan warna dia yang putih likat camtu texture heavy, rupanya bila letak kat muka. Sapu2, senang sangat nak apply rupenye. So means that BNE ni adalah water based okay.
  2. Dah la water based. Lepastu bau dia pulak wangi gila! Serious wangi. Paling best bila letak BNE tu dalam fridge, then setiap kali apply rasa fresh sangat. Dia punya wangi tu boleh jadi aromatherapy.
  3. Lepas pakai almost 3 weeks consistently, kulit fara sentiasa lembap (makna kata cukup hydrate). Bangun tido pun skin tak kering/oily ikut cuaca. Kulit maintain hydrate!


  

Dari kiri week 1 - week 3 Fara pakai BNE secara konsisten. Dalam gambar tak nampak apa yang beza kan. So korang kena try sendiri baru nampak beza hehe. PALING PENTING! BNE kurangkan whitehead kat area hidung. Tbh, Fara mudah berpeluh maka wujud lah whitehead kat spot area. Paling banyak kat hidung la.

RECOMMENDATION:

Should I repeat BNE?


YES. Fara dah beli second bottle ni. hihi


Untuk combination skin type (oily-dry skin) Fara sangat3 recommend untuk korang pakai BNE. It only cost you RM20!!


Sekian sahaja Honest Review Bird Nest Essence by PNA daripada Fara. Semoga yang membaca post ni terus cantik.




Notes

counter free

Hi there. Im using this blog as medium for me to share with you guys anything related to skincare/make up/health. For those who are having bad skin day, you should see me 10 years back down below. Im still working on it. Beauty takes time, right? ;)

Nak tanya, click icon Ask.fm hokay!
 Follow Me Follow Me Follow Me


Category List



Skincare Routine

Health

Review

Service


My Beauty Journey

Takda la beauty sangat. Tapi boleh nampak kan my transformation from 2010 to 2020. hikhik

2010


2011


2016


2020

CLICK ME

Template By: Arrien Amani| Princess
Icon: Winkle | The tutorial
Edit By: nurfaradhila